JAKARTA, AKURATNEWS.co – Dalam berbuka puasa, ada beberapa hal yang dianjurkan sesuai tuntunan dari Rosulullah SAW, termasuk didalamnya berbuka Dengan Rutab, Tamar atau Air.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ قَالَ أَبُو عِيسَى وَرُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُفْطِرُ فِي الشِّتَاءِ عَلَى تَمَرَاتٍ وَفِي الصَّيْفِ عَلَى الْمَاءِ
Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata: Adalah Nabi SAW selalu berbuka puasa sebelum baginda menunaikan solat (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah (rutab). Jika tidak ada kurma basah (rutab), maka (baginda berbuka) dengan beberapa biji kurma kering (tamar) dan jika tidak ada juga kurma kering, maka baginda berbuka dengan meneguk beberapa tegukan air.
Abu ‘Isa berkata, ini merupakan hadis hasan gharib. Abu ‘Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim sejuk dengan kurma dan pada musim panas dengan air.
(Sunan Tirmizi No: 696) Dar Kutub Ilmiyyah Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Sunnah menyegerakan berbuka sewaktu masuk waktu magrib. Rasulullah Saw akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib.
Hidupkan sunnah berbuka dengan kurma. Rasulullah SAW akan berbuka puasa dengan rutab (kurma basah, lembut dan baru) kerana ia mudah dihadam dan badan boleh mendapat tenaga dengan segera disamping tidak membebankan sistem penghadaman.
Jika tiada rutab (kurma lasah dan segar), Rasulullah SAW akan berbuka puasa dengan tamar (kurma kering).
Seandainya ketiadaan buah kurma rutab atau tamar, Rasulullah SAW akan berbuka puasa dengan meminum beberapa teguk air.
Pada musim sejuk, Rasulullah SAW akan berbuka puasa dengan tamar (kurma kering)
Pada musim panas, baginda SAW akan berbuka puasa dengan meminum beberapa teguk air./Ib.
